EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

KENYATAAN TENDER : CADANGAN PEMBINAAN TANDAS AWAM PUSTAKA NEGERI SARAWAK

Ditulis pada 06 December 2021

1. Tender adalah dipelawa daripada Pembekal/Kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam Kategori dan Jenis Pendaftaran yang berkaitan serta mempunyai tempoh pendaftaran yang sah untuk membuat tawaran buat masa ini bagi bekalan/perkhidmatan berikut:-
No.
No. Tender
Tajuk Tender
Pendaftaran
Yuran Dokumen
Tarikh Tutup
Pengambilan / Penjualan Dokumen Tender
Tarikh tutup dan masa penyerahan Tender
1.
PUSTAKA/TANDASAWAM/ 1/2022
CADANGAN PEMBINAAN TANDAS AWAM PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Kelas: F Kepala: 1 Sub-Kepala: 1 &2
CIDB Gred: G1
RM50.00
Hari Jumaat 10 Disember 2021 4.30 Petang
Hari Isnin
13 Disember 2021 12.00 Tengahari
2. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada pemilik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pemilik/ Rakan Kongsi/Pengarah Syarikat. Pemilik atau wakilnya hendaklah mengemukan SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN STATUS BUMIPUTERA (jika berkenaan), UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING (UPKJ), SIJIL ASAL LESEN PERNIAGAAN dan SURAT PERWAKILAN KUASA (jika berkenaan) sebelum dokumen tender dijual kepada Pembekal/Kontraktor yang layak.
3. Dokumen Tender boleh diperolehi di:
Pustaka Negeri Sarawak
(Pejabat Pengurusan)
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium
93050 Petra Jaya, Kuching.
*sila datang pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.30 petang)
4. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan sendiri oleh Pemilik / Wakil Syarikat / Firma ke dalam Peti Tawaran dengan menggunakan sampul berlarki serta yang mempunyai catatan Nombor dan Tajuk Tender. Dokumen Tender hendaklah diserahkan selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup di alamat seperti di bawah:
Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium 93050 Petra Jaya, Kuching
5. Dokumen Tender yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
6. Pengkelasan Tender adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
7. Pustaka Negeri Sarawak tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tesebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak


Klik untuk muat turun