Orang awam adalah dijemput untuk menyertai program Program Reading Seeds: Bermain Boleh Buat Anak Pandai? kami yang akan diadakan pada 11 Februari 2022 dan penyertaan adalah PERCUMA!
Program ini akan bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:00 petang dan akan diadakan secara maya melalui Zoom Webinar, Facebook & Youtube (Pustaka Channel) Pustaka Negeri Sarawak.
Bermain merupakan aktiviti semulajadi kanak-kanak. Semasa bermain kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas hati. Bermain juga dikatakan penting untuk perkembangan kanak-kanak. Bagaimanakah bermain boleh membuat anak pandai? Apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan proses bermain yang berkualiti?
Untuk mendapat jawapan kepada pertanyaan di atas sila sertai kami bersama Puan Laili Harliba K.B.P.A. , Pengasas kepada Wisdomley Psychological and Family Consultant dengan mendaftar di pautan https://www.pustaka-sarawak.com/.../index-event.php...
Penyertaan adalah PERCUMA dan E-sijil Penyertaan adalah disediakan bagi yang mengikuti Zoom Webinar ini.
Sila layari laman sesawang kami di www.pustaka-sarawak.com dan sosial media kami untuk perkembangan terkini.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai seranta kami Cik Nurfatini Apandi ditalian 082-442000 ext 347.
Terima kasih.
AKRAB Siri 4: Bengoh Resettlement Scheme, Kuching 12 Nov 2024
Makersmeet 2024 16 Nov 2024
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024