EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PAMERAN SARAWAKIANA : KOMUNITI CINA DI SARAWAK

Ditulis pada 26 March 2024

Komuniti Cina di Sarawak merupakan salah satu kelompok etnik terbesar di Sarawak dan sebahagian besar penempatan mereka adalah di bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu dan Miri.

Sebahagian besar komuniti Cina di Sarawak memiliki akar sejarah dari wilayah Guongdong, Fujian dan Hainan di Tiongkok. Migrasi mereka ke Sarawak terjadi pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 dalam mencari peluang ekonomi dan melarikan diri dari ketidakstabilan politik di Tiongkok. Komuniti Cina di Sarawak terdiri daripada pelbagai kelompok etnik termasuk Hokkien, Hakka, Teochew dan Kantonis.

Pameran kali ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri koleksi Sarawakiana mengenai komuniti Cina di Sarawak yang terdapat di Pustaka Negeri Sarawak.

Pameran Sarawakiana yang bertajuk Komuniti Cina di Sarawak akan diadakan pada 26 Mac 2024 sehingga 31 Mei 2024 bertempat di Bilik Koleksi Khas, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak. Pameran terbuka kepada orang awam bermula jam 10:00 pagi – 5:00 petang setiap hari kecuali pada cuti umum yang diwartakan. Kemasukan adalah percuma.

Memohon kepada semua untuk memberi maklumbalas mengenai pameran ini pada pautan https://www.pustaka-sarawak.com/bsrf/index.php?&kid=BSRF1711420868. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Sarawakiana, Sektor Perkhidmatan Perpustakaan melalui emel statedepository@sarawak.gov.my atau 082-374000.

#pustakanegerisarawak
#sarawakstatelibrary
#staterecordrepository
#repositorirekodnegeri
#bacarekacemerlang
#readinnovateexcel
#pustaka2024
#pameransarawakiana
#tradisikitakhazanahkita

Please LIKE, COMMENT & SHARE:
Website : https://www.pustaka-sarawak.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
Twitter : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/
X : https://www.tiktok.com/@pustakanegerisarawak/
Youtube : https://www.youtube.com/@PustakaSarawak/

Follow the Pustaka Negeri Sarawak channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va6BLf859PwNwTOgCQ37

https://www.facebook.com/photo/?fbid=795583925939018&set=a.613074510856628

//cer