EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

SEBUAH KEMAAFAN

image description
Call no.
: JMF899.2333/NAJ
Penulis
: Najib A.H, ilustrasi oleh Shima Ima
Penyumbang
: NORANITA BINTI KERIM
Ringkasan
Buku novel ini mengisahkan tentang seorang anak muda yang bernama Hidayat terjebak dalam gejala penagihan dadah disebabkan beliau terlalu percayakan kawannya sendiri. Selepas keluar dari pusat pemulihan dadah, Hidayat telah mencari pekerjaan tetapi tidak seorang pun pengurus atau majikan hendak mengambil dia sebagai pekerja. Ini disebabkan mereka menganggap Hidayat akan membawa masalah kepada perniagaan mereka.Hidayat telah diterima oleh Tuan Haji Basit bekerja di kedai perabot dia. Ibu Hidayat bersyukur apabila mendengar Hidayat mendapat pekerjaan dan menasihati Hidayat supaya bekerja bersungguh-sungguh. Pada masa yang sama, Hidayat membuat kerja sampingan di kedai makanan Puan Zakiah. Secara tidak sengaja Hidayat terjumpa Manan yang merupakan pengedar dadah yang licik. Selepas perjumpaan tersebut, Hidayat dan Manan mula rapat kembali. Hidayat masih tidak dapat melupakan aktiviti harian yang dilakukannya 2 tahun yang lalu. Perubahan sikap dan pergerakan Hidayat telah menjadi perhatian Tuan Haji Basit kerana sering masuk lewat selepas tengah hari. Hidayat memberi alasan bahawa dia bersolat zohor dan mendengar takzirah. Tuan Haji Basit dalam memohon polis membuat penyiasatan terhadap Hidayat dalam keadaan diam. Akhirnya, Hidayat telah ditangkap semula oleh pihak narkotik setelah menjalani ujian air kencing. Ibu Hidayat tidak menyangka bahwa anaknya dimasukkan semula ke dalam pusat pemulihan dadah. Tidak berapa lama kemudian, Hidayat mendapat berita bahawa ibunya kembali ke rahmatullah. Hidayat menyalahkan dirinya sendiri di atas kematian ibunya sehinggakan petugas pemulihan dadah memberitahu bahawa ibunya meninggal dunia atas kehendak Allah s.w.t. Setelah keluar dari pusat pemulihan, Hidayat telah meminta restu dari ayahnya untuk mengaji pondok di Kelantan. Ayahnya memberi restu kepadanya. Hidayat telah mengaji pondok selama 5 tahun dan telah menikah dengan anak Tok Guru tempat dia belajar agama.