EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

CHEF WAN: BISKUT

image description
Call no.
: 641.8654/CHE
Penulis
: -
Penyumbang
: Nur Syamimi Abdullah
Ringkasan
Buku tesebut adalah buku resipi biskut tempatan dari chef yang berasal dari Malaysia. Beliau adalah Chef Wan. Chef yang sangat popular di negara Malaysia juga seorang duta makana Malaysia, selibriti antarabangsa dan pemenang anugerah “Best Television Celebrity Chef inthe world” di Gourmand World Cookbook Award 2009 di Paris. Koleksi biskut yang dibukukan merupakan salah satu koleksi beliau di samping pelbagai resipi lain yang telah banyak dibukukan dan diterbitkan di seluruh negara bahkan di luar negara. Buku resipi biskut yang mempunyai 71 mukasurat dan bersaiz 27 cm ini diterbitkan oleh Marchall Cavendish Cuisine yang telah dicetak semula pada 2011 dalam edisi Bahasa Malaysia. Buku ini adalah terjemahan daripada Chef Wan Cookies siri Mini Cookbook. Gaya bahasa yang digunakan adalah mudah difahami. Buku tersebut menyenaraikan sebanyak 26 jenis biskut 36 jenis dengan 21 isi gambar biskut yang dikatakan amat lazat lagi berkhasiat. Kandungan resipi yang tetdapat di dalam buku ini adalah seperti tajuk biskut, bahan-bahan serta cara membuat biskut dan gambar biskut. Kandungan ini membolehkan pelbagai lapisan masyarakat belia, tua mahupun kanak-kanak berusia lebih dari 10 tahun ke atas pastinya memahami cara-cara membuat biskut dan cara membuatnya dianggap senang dan jimat masa kerana penggunaan gaya bahasa yang mudah difahami disamping bantuan gambar-gambar biskut yang terang, jelas, berwarna dan menarik mata memandang. Buku tersebut adalah amat menarik untuk diketahui oleh masyarakat umum kerana kita boleh belajar untuk membuat biskut tempatan yang pelbagai jenis selain menambah ilmu kita dalam bidang masakan dan membuat pelbagai juadah yang sedap, senang dan menarik.