EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

BISKUT KLASIK

image description
Call no.
: 641.8654 HAS
Penulis
: HASMA NOOR BASIR
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Ulasan saya tentang buku ini ialah buku ini padat dengan resipi-resipi untuk membuat pelbagai jenis biskut dan kuih. Seperti contoh, antara resipi-resipi yang dapat dipelajari di dalam buku ini ialah biskut aneka mentega, badam bersalut coklat, bangkit mentega, bintang kumbar dan sebagainya. Selain itu, arahan-arahan yang terkandung di dalam buku ini jelas dan mudah untuk diikuti dengan menggunakan ayat yang sesuai dan mudah difahami. Di samping itu, penulis juga menjelaskan pelbagai alatan untuk membuat biskut bagi memperoleh biskut yang cantik dan menyelerakan. Akhir sekali, buku ini juga disertakan ilustrasi yang berkaitan seperti gambar biskut dan alatan membuat biskut bagi memudahkan para pembaca mengetahui rupa bentuk biskut tersebut. Buku ini mengandungi 132 muka surat dan dihiasi dengan ilustrasi biskut-biskut yang menyelerakan di kulit hadapan dan kulit belakang.