EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Dahsyatnya Doa Isteri

image description
Call no.
: 297.382/MAR
Penulis
: Mardiana Mat Ishak, Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri
Penyumbang
: ADELIN BINTI MOHAMMAD ADENAN
Ringkasan
Buku ini memberi panduan untuk isteri-isteri. Allah berfirman dalam surah Al-Ghafir, Ayat 60: “Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Aku perkenankan”.
Seperti yang kita sedia maklum syurga isteri terletak pada keredhaan suaminya. Namun, tahukah anda sesuatu yang dasyat boleh berlaku dengan izin Allah S.W.T berdasarkan doa Isteri. Buku ini bukan sahaja mengentengahkan adab dan senarai doa-doa isteri yang besar impaknya, malahan turut diselitkan kisah-kisah berdasarkan Al-quran dan Hadith tentang perihal dasyatnya Doa Isteri.
Antara doa-doa yang terdapat dalam buku ini adalah :
- Doa ketika isteri cemburu kepada suami.
- Doa supaya suami dan isteri mendapat zuriat yang soleh dan solehah.
- Doa agar suami dan isteri diberi rahmat dan kasih sayang Allah.
- Doa isteri ketika suami sakit.
- Doa supaya suami isteri mampu melunaskan hutang.
- Doa ketika suami isteri dilanda kesedihan.
Buku ini memang memberi manfaat kepada saya sebagai seorang Isteri. Alhamdulillah.