EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pengurusan Pesakit Strok di Rumah

image description
Call no.
: 616-81 NIK
Penulis
: Nik Rosmawati Nik Husain,Rosediani Muhamad,Zuraida Zainun
Penyumbang
: PHILIP AK SILI
Ringkasan
uku berkenaan pengurusan pesakit strok dalam versi Melayu ini julung kalinya diterbit di Malaysia. Buku ini banyak menyentuh berkaitan masalah strok secara umum,proses kejadian strok dan yang paling menarik ianya menyentuh dengan agak terperinci berkaitan penjagaan pesakit strok di rumah seperti kaedah melakukan fisioterapi, menyediakan makanan dan memberi makanan kepada pesakit, melakukan senanman rehabilitasi dan keseimbangan badan serta bagaimana membantu pesakit dalam membaiki keupayaan kendiri mereka demi meningkatkan kualiti hidup pesakit dan penjaga.

APA ITU STROK? Strok atau lebih dikenali sebagai angin ahmar oleh sebahagian besar masyarakat kita merupakan satu kumpulan tanda-tanda fizikal yang terhasil akibat kegagalan otak. Ia berlaku apabila aliran darah dalam arteri di otak terganggu disebabkan oleh salur darahnya tersumbat atau pecah. Tanda-tanda strok dapat dirasai pesakit secara tiba-tiba atau dalam jangka masa yang singkat (akut) mengikut jenis serangan strok dan tanda-tanda ini akan berterusan melebihi 24 jam.

STROK: IMPAK DAN BEBANANNYA Penyakit strok yang juga dikenali sebagai angin ahmar dikelaskan kepada dua jenis iaitu strok iskemia dan strok hemoragik (Strok berdarah). Strok iskemia menyumbang kepada 69 hingga 91 peratus, manakala strok hemoragik adalah Sembilan hingga 31









peratus.Secara purata akan ada satu kejadian serangan strok bagi setiap 45 saat.
Penyakit ini berlaku terutama pada umur pertengahan dan umur yang lanjut. Strok iskemia biasanya berlaku pada umur antara 71 dan 80 tahun manakala strok hemoragik adalah antara umur 60 dan 70 tahun. Di Malaysia berdasarkan kajian pada tahun 2001 kejadian strok iskemia adalah 74.8 peratus berbanding dengan strok hemoragik iaitu 25.2 peratus.
Kajian di Singapura menunjukan kejadian strok lebih kerap menimpa golongan lelaki iaitu 4.53 peratus berbanding wanita 2.91 peratus. Kajian menunjukan bangsa cina adalah tertinggi iaitu 3.76 peratus bangsa India 3.62 peratus dan bangsa melayu 3.32 peratus.Di Malaysia bangsa cina adalah penyumbang tertinggi strok iaitu 55.7 peratus bangsa melayu 28.9 peratus dan bangsa India 14.2 peratus.
TANDA-TANDA AWAL STROK.
*Lumpuh atau lemah pada sebahagian atau sebelah anggota badan /muka.
*Perubahan pada deria rasa sama ada menjadi kekurangan atau bertambah rasa kebas bertambah rasa kesakitan otot-otot juga mungkin menjadi kejang.
*Perubahan pada pandangan mata sebelah/keduanya.hilang lapangan pandangan di sesetengah sudut.
*Sakit kepala yang bersangatan(tidak pasti punca).
*Pening dan masalah keseimbangan.
*Susah untuk bertutur/telor/susah untuk difahami.
*Susah untuk menelan makanan dan menghirup minuman.
*Tidak sedarkan diri.

RISIKO SERANGAN STROK.
* Tekanan darah tinggi.
* penyakit jantung dan kencing manis.
* Mempunyai sejarah serangan strok.
* Keturunan.
* Umur.
* Jentina.
* Permakanan yang tidak sihat.
* Merokok.
* Tekanan.
* Kurang bersenam.









RAWATAN AWAL STROK.
Jika anda mengalami salah satu atau lebih daripada tanda-tanda di atas perlu mendapatkan rawatan awal di klinik atau hospital berdekatan dengan segera. Doktor akan menentukan jenis strok sama ada iskemia atau berdarah anda akan diperiksa untuk menailai tahap keaktifan saraf(neurology) ujian yang biasa dijalankan adalah:
*Imbasan CT otak.
*Radiograf dada.
*MRI Otak.
*Katotid Dupleks.
*ECHO.
*Celebral Angiografi.
*Ujian sel-sel dan faktor.

TEKNIK FISIOTERAPI DI RUMAH.
Pergerakan sesuatu anggota badan terhasil dari kontraksi otot,dan ia mungkin dalam bentuk sedar atau tidak sedar pergerakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
*Pergerakan pasif.
*Senaman aktif.
*Senaman aktif dengan bantuan.
*Senaman aktif berintangan.

Kesimpulannya.
Panduan dan tip-tip yang terdapat didalam kandungan buku ini sangat berguna sebagai panduan dan tindakan awalan yang perlu kita tahu. Untuk kita membuat pencegahan awal menggelak terkena strok dan cara-cara bagaimana untuk kita merawat dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat secara langsung menjaga persakit strok di rumah. Buku ini juga banyak menekan pentingnya kita menjaga kesihatan dan permakanan harian kita.