EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Panduan Mudah Menjaga Kereta

image description
Call no.
: 629.2872 AHM
Penulis
: Ahmad Hisham Rusti
Penyumbang
: ABDUL AZIZ BIN HJ. BUJANG
Ringkasan
Buku ini membincangkan mengenai cara-cara penjagaan kereta dengan cara yang ringkas dan mudah untuk difahami. Terdapat 11 bab dalam buku ini. Di antarnya ialah bab mengenali komponen enjin kereta. Bab ini menceritakan di mana letaknya komponen-komponen kereta di dalam sesebuah kereta. Gambar ditunjukkan untuk menunjukkan lokasi komponen-komponen tersebut. Selain daripada itu, pembaca juga diberikan tips asas penjagaan kereta, bagaimana hendak menyelenggara komponen kereta dan tips untuk menjimatkan petrol. Bab yang lain ialah memahami penjagaan rutin kereta di mana ia menceritakan pentingnya


manual kereta, bahagian kereta yang perlu dijaga dan sebagainya. Selanjutnya ia juga membincangkan kerosakan kereta dan cara menanganinya iaitu mengesan masalah enjin, cara-cara menjaga radiator dengan mengesan masalah radiator, tips menjaga radiator. Terdapat juga cara menjaga tayar, penjagaan pendingin udara dan punca kerosakannya, masalah pengendalian kereta iaitu mengesan masalah brek, kerosakan pada penyerap kejutan. Selain itu, ada juga dibincangkan cara menjaga bateri dan lampu iaitu faktor menyebabkan bateri menjadi lemah dan cara menjaganya, cara mencuci dan menyimpan kereta iaitu mencuci kereta dengan betul dan menyimpannya untuk tempoh yang lama. Pembaca juga diberikan cara hendak memilih bengkel dengan servis yang baik dan bab yang terakhir yang dibincangkan ialah keselamatan dan tindakan ketika kemalangan iaitu keselamatan memandu dalam keadaan hujan dan pada waktu malam dan tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kemalangan.

Buku ini sesuai untuk rujukan bagi mereka yang tidak gemar membaca manual kereta kerana ia mudah difahami dan ringkas. Ia akan menjadi lebih menarik sekiranya ia ditambah dengan gambar-gambar untuk penjelasan yang lebih terperinci pada perkara yang tertentu.