Buku ini membincangkan mengenai golongan yang dimaksudkan sebagai Ahli Sunah Waljamaah dan golongan yang dimaksudkan sebagai Syiah. Ia juga akan menerangkan perbezaan akidah dan kepercayaan golongan Syiah dan Ahli Sunah Waljamaah. Disamping itu juga, ia juga menceritakan tentang krisis yang berlaku di Syria dan kaitannya dengan golongan Syiah. Terdapat empat bab dalam buku ini. Bab yang pertama, Mengapa Kita Wajib Mengakui dan Mengiktiraf Pegangan Ahli Sunah Waljamaah menerangkan mengenai difinisi Ahli Sunah Waljamaah, faktor perbezaan dalam fahaman, konflik akidah yang mana al-quran dan hadis Nabi MuhammadS.A.W telah menjadi rujukan mereka yang berselisih fahaman. Bab yang kedua, Sejarah Ringkas Kemunculan Fahaman Syiah dan Kesesatan Nyata Ideologi menerangkan mengenai definisi Syiah iaitu dari segi bahasa ia bermaksud pembela, penolong dan pembantu. Dari segi istilahnya, Syiah
adalah satu kumpulan manusia yang lahir daripada kumpulan orang Islam yang mengutamakan Ali bin Abu Talib R.A. Kelompok Syiah ini pula telah berpecah kepada lima aliran iaitu Kaisaniah, Imamiah, Zaidiah, Ghulat dan Ismailiah. Seterusnya dalam bab kedua, diterangkan bahawa pengasas aliran Syiah adalah Abdullah bin Saba al Himyari, seorang rabai Yahudi berasal dari Negara Yaman.Sedikit sebanyak terdapat pengaruh pemikiran Yahudi di dalam Syiah. Seterusnya bab ini juga menerangkan mengenai akidah dan kepercayaan Syiah secara umum iaitu perbezaan dalam masalah pokok agama dan bukannya masalah cabang fiqah. Fahaman Syiah telah melibatkan akidah dan kepercayaan yang berbahaya. Di antaranya konsep reinkarnasi atau penjelmaan semula imam yang ke-12 iaitu Muhammad bin Hassan Al-Askari yang akan bangkit semula sebagai Imam al-Mahdidan akan mengembalikan hak-hak golongan Syiah yang telah dipinggirkan. Selain daripada itu, golongan Syiah juga mengkafirkan para sahabat dan juga taasub kepada imam. Selanjutnya, dalam bab ini juga menerangkan sebab untuk menolak Syiah ialah kerana mereka beranggapan bahawa ahli sunah lebih sesat daripada Yahudi dan Nasrani. Syiah beranggapan dan beriktikad bahawa al-Quran yang ada sekarang bukan yang sama pada zaman Rasulullah S.A.W atau bukan yang sebenar atau yang telah diubah dan mempunyai kecacatan. Dalam bab ketiga, Kelompok Syiah, menerangkan tiga kelompok Syiah iaitu Syiah Zaidiah yang diasaskan oleh Zaid bin Ali Zainal Abidin seorang tokoh revolusi Syiah di Iraq ketika zaman pemerintahan Khalifah Bani Umaiyah. Kelompok yang kedua ialah Syiah Imamiah atau dikenali juga sebagai Jaafariah (JaafaR As-Sadiq) iaitu sekelompok Muslimin yang percaya bahawa Ali bin Abu Takib R.A adalah pewaris Rasulullah S.A.W sebagai Khalifah. Golongan ini adalah yang kedua terbesar Syiah. Mereka ini beriman kepada 12 imam. Sebilangan besar golongan ini berada di Iraq serta Pakistan dan juga di Lubnan. Sebilangan kecilnya pula di Syria. Kelompok yang ketiga
pula ialah Syiah Nusairiah atau dipanggil Nusairi pada kurun ke-3 Hijrah. Golongan ini dianggap fanatik atau melampau yang mengiktiraf Imam Ali R.A mencapai tahap ketuhanan. Pengasas kelompok ini ialah Muhammad bin Nasir al-Basri an-Namiri. Dia mendakwa dirinya telah diturunkan wahyu dan menerima risalah kenabian. Babterakhir iaitu keempat, Syiah Di sebalik Krisis Syria. Ia menceritakan sejarah Negara Syria dan pemimpin-pemimpinnya yang terdiri daripada golongan Syiah iaitu Hafez Al-Assad serta kekejaman yang telah dilakukannya sepanjang pemerintahannya.
Buku ini menerangkan secara ringkas dan terperinci mengenai Syiah dan amat sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat usia.