EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Budaya Warisan Johor & Perlis

image description
Call no.
: JM959.5/NUR
Penulis
: Nurhamiza Syakirah
Penyumbang
: Noranita Binti Kerim
Ringkasan
Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang terletak di Selatan Semenanjung Malaysia. Negeri Johor dibahagikan kepada 10 daerah di bawah 14 pihak berkuasa tempatan. Makanan yang terkenal di Johor seperti Laksa Johor, mi Bandung, mi Rebus, Otak-otak, botok-botok, lontong, telur pindang, nasi briani gam, kacang pool, soto, nasi ambeng dan kuih jala. Manakala, ghazal, tarian kuda kepang, zapin Johor dan Hamdalok merupakan satu kesenian tradisional masyarakat di Johor. Tarian kuda kepang amat sinonim dengan negeri Johor. Oleh yang demikian, pembuatan patung kuda kepang banyak tertumpu di Johor terutamanya di Kampung Sungai Nibong. Baju kurung teluk belanga dan baju riau merupakan pakaian tradisional masyarakat di Negeri Johor. Negeri Perlis merupakan negeri yang kecil terletak di Utara Semenanjung Malaysia dan dikenali sebagai Perlis Indera Kayangan. Negeri Perlis mempunyai 22 mukim dan 5 buah bandar utama. Kuih Karas, Ringgi, Ketupat Palas, Laksa Perlis dan Dangai merupakan makanan popular yang terdapat di Perlis. Manakala dari segi kebudayaan, Perlis terkenal dengan tarian canggung, hadrah, jikey, makyung laut, alu bunyi dan wayang kulit gedek. Oleh yang demikian, negeri Johor dan Perlis bukan sahaja terkenal dengan keunikan budaya masyarakatnya, malah ia menjadi destinasi pelancong dalam dan luar negeri.