EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Who moved my cheese? : an amazing way to deal with change in your work and in your life

image description
Call no.
: 155.24/JOH
Penulis
: Spencer Johnson
Penyumbang
: Nur Asikin Binti Ahmad
Ringkasan
Kisah yang ditulis untuk semua peringkat umur ini dapat dibaca dalam masa kurang daripada satu jam. Namun, keunikan wawasan yang terdapat pada kisah ini kekal sepanjang hayat. Who Moved My Cheese? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang empat watak yang tinggal di sebuah kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri. Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup, sama ada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan, ataupun ketenangan fikiran. Manakala kawasan berliku yang dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahu, sama ada organisasi tempat kerja, keluarga, ataupun komuniti tempat tinggal. Kenal pasti rahsia yang ada dan belajar menghadapi perubahan, supaya kita tidak begitu stres dan dapat mengukir lebih banyak kejayaan di tempat kerja dan dalam hidup.