Memoir Pegawai Perhilitan: Cerita dari Rimba ialah koleksi 33 kisah benar yang menggambarkan suka duka pengalaman penulis sepanjang hampir 29 tahun berkhidmat sebagai seorang pegawai PERHILITAN. Selain itu, terdapat satu bab istimewa yang memuatkan panduan persiapan dan petua penting untuk kemandirian diri bagi mereka yang ingin meneroka hutan dalam tempoh yang panjang hanya dengan bekalan makanan dan peralatan yang minimum.
Sepanjang kerjaya, penulis telah menghadapi pelbagai tugasan mencabar dan berbahaya, termasuk memburu harimau pemangsa manusia, menangkap gajah liar, membanteras pemburu haram, serta membuka laluan baharu yang memerlukan kesabaran, pengalaman, dan keyakinan.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan bagi pegawai dan renjer PERHILITAN yang masih bertugas, serta kepada pencinta alam semula jadi dan hidupan liar.