Lawnet adalah Bahagian Internet Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).
Ia menyediakan Online Library of
Malaysian Laws seperti di bawah:
i).
Law Library mengandungi teks BERWIBAWA undang-uandang Malaysia i.e Updated
Acts of Parliament, Principal Acts (Original), Amendment Acts, Ordinances,
Bills Supplement, Updated rules and Regulations, Legislative Supplement (A),
Legislative supplement (B), Federal Constitution, Criminal Procedure Code,
Penal Code, National Land Code, Rules of Court, Court Forms, General Orders and
“Arahan
Perbendaharaan”.
ii).
E-Gazette merupakan versi elektronik bagi Malaysia Gazette
cetakan PNMB, pencetak rasmi yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia. E-Gazette boleh didapati secara dalam talian sebaik sahaja ianya
diterbitkan setiap minggu. Ia mengandungi – Federal
Gazettes – Peincipla Acts, Amending ActsBills Supplement, (B) dan Gazette
Notification (GN). State Gazettes – State Legislations for Selangor, Pahang,
Negeri Sembilan, Malacca, Johor, Terengganu, Perak, Penang, Perlis, Kedah,
Kelantan dan Sarawak.
iii). Istilah Undang-undang (English – B. Malaysia) – yang mengandungi lebih 30,000 perkataan,
istilah dan frasa yang biasa digunakan oleh pengamal, peguam, pegawai kerajaan,
pelajar serta mereka yang kerap telibat dengan perundangan. Ia merupakan alat
yang amat berguna terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan kerja-kerja
penterjemahan.
iv).
Kamus Latin – mengandungi lebih 5,000 perkataan. Ia dikompil daripada pelbagai
sumber dan masih belum lengkap.
v).
Judgements – mengandungi Privy
Council Judgements yang terpilih.
vi).
Index of
Subsidiary Legislations – senarai lengkap Legislative Supplement (A) [P.I.(A)] dan Legislative Supplements (B) [P.U.(B)].
Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data
dalam talian ini adalah komprehensif dan mudah untuk digunakan oleh pengguna sasaran
seperti peguam, penasihat undang-undang, ahli
akademik, pelajar undang-undang serta orang awam yang perlu
merujuk kepada undang-undang Malaysia.
Perlu diingatkan bahawa
langganan pangkalan data dalam talian ini adalah berdasarkan satu lesen sahaja, bermakna, cuma seorang individu
sahaja yang boleh mengakses
pangkalan data tersebut pada satu-satu masa.
Untuk panduan penggunaan LawNet ini, sila
rujuk kepada http://www.pustaka-sarawak.com/Pustaka-Sarawak/download_get.php?id=76
Jika anda memerlukan sebarang maklumat
lanjut atau bantuan, sila e-mel librarian@sarawaknet.gov.my atau hubungi
082-442000 sambungan 245.
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024