EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ditulis pada 02 May 2013

Kuching – Pustaka Negeri Sarawak
akan mengadakan Bengkel Perpustakaan Keluarga 2013 yang akan diadakan pada 9-10
Mei 2013 di Galeri Pustaka Negeri Sarawak. Bengkel ini diadakan khusus untuk
peserta
Pertandingan
Perpustakaan Keluarga 2013 dan kakitangan perpustakaan.



Bengkel ini bakal
dikendalikan oleh Prof Madya Dr. Mohd. Shariff b. Mohd Saad,
Timbalan Dekan Fakulti
Pengajian Maklumat dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Bengkel yang akan
diadakan selama 2 hari berturut-turut ini akan diadakan pada jam 8.30 pagi
hingga 5.00 petang dan akan dibahagikan kepada teori dan praktikal kepada
peserta. Sasaran peserta yang akan mengikuti bengkel ini ialah seramai 40 orang
sahaja.


Tujuan bengkel perpustakaan keluarga ini diadakan adalah untuk memberi
manfaat dan kesedaran kepada para peserta antaranya untuk menjadikan
perpustakaan keluarga sebagai media untuk menggalakkan minat budaya membaca di
kalangan masyarakat, memperkenalkan Pustaka sebagai sebuah agensi yang boleh
dirujuk oleh semua lapisan masyarakat dan sebagai platform pendidikan untuk meningkatkan
kualiti kehidupan keluarga terutama pada era globalisasi dan informasi.


Untuk mengetahui lebih
lanjut mengenai bengkel ini, sila hubungi Norassima Sitam di talian di 082-442000
samb. 336 atau emel norlaii2@sarawak.gov.my serta layari www.pustaka-sarawak.com,
Facebook: pustaka.sarawak dan Twitter: pustakaswk.