EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ditulis pada 18 February 2013

Kuching - Pada 16 Februari
2013, Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara
telah mengadakan Kempen Kebersihan Saya Sayang Pustaka, `Ke arah Bandaraya
Bersih, Indah dan Berbudaya` Siri 1/2013 bertempat di persekitaran Pustaka
Negeri Sarawak. Program kempen kebersihan yang telah dirasmikan oleh Yang
Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahab Bin Haji Abang Julai, Datuk Bandar,
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ini di adakan ialah untuk menjadikan
kawasan Pustaka Negeri Sarawak sebagai kawasan yang bersih, indah dan selamat
kepada orang awam dan pengunjung selain bertujuan untuk memupuk kesedaran
kepada orang awam agar tidak membuang sampah merata-rata di sekitar bandaraya
Kuching.


Kempen ini juga diharap dapat menyemai rasa tanggungjawab di kalangan
orang awam agar meninggalkan tabiat yang boleh menyumbang kepada pencemaran
alam sekitar dan meningkatkan rasa cinta kepada amalan kebersihan sekaligus
memelihara dan mengekalkan persekitaran yang bersih, indah dan harmoni untuk
warisan generasi akan datang. Acara dimulakan dengan menanam 4 unit pokok dari
Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahab Bin Haji Abang Julai, YBhg. Tan
Sri Datuk Amar Dr. Haji Hamid Bugo, YBhg. Prof. Dr. Abdul Rahman Deen dan Yang
Berusaha Encik Japri Bujang Masli, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka
Negeri Sarawak.


Antara pengisian program kempen kebersihan ini adalah aktiviti  mencantas dahan dan ranting mati, gotong –
royong, menggantung poster kempen kebersihan di pokok-pokok sekitar taman,
senamrobik serta sesi cabutan bertuah.
Tidak
ketinggalan juga golongan kanak-kanak turut berpeluang menyertai aktiviti
mewarna. Dengan adanya kempen sebegini diharap dapat  memupuk semangat kerjasama dan saling
membantu di antara staf Pustaka Negeri Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara
dan Komuniti setempat.