EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ceramah awam mengenai GST di Pustaka Negeri

Ditulis pada 08 July 2014

KUCHING: Selepas mendapat respons positif daripada orang ramai,
Pustaka Negeri sekali lagi akan menganjurkan ceramah awam mengenai Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) di auditoriumnya esok (9 Julai).

Ceramah
itu akan bermula jam 10 pagi dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kastam
Diraja Malaysia Sarawak Noelle Lily Morse dijemput sebagai penceramah.

Kali
ini Pustaka Negeri akan memastikan tetamu yang menghadiri ceramah itu
akan mendapat gambaran jelas dan pemahaman lebih baik mengenai GST
terutama melibatkan pelaksanaan serta sebab dilaksanakan.

GST
diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika
membentangkan Belanjawan 2014 di Parlimen pada Oktober 2013 dan akan
dilaksanakan pada 1 April tahun depan dengan kadar tetap enam peratus.

“Kami menjemput orang ramai hadir ke ceramah ini. Kemasukan adalah percuma,” menurut kenyataan itu.

Untuk
keterangan lanjut, sila hubungi Amir Hamzah Ahmad, Drang Jite atau Chai
Yeu Shaw di talian 082-442000 sambungan 330 atau 329.