EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Datang dan Sertai Bengkel Penulisan Puisi di Pustaka Negeri Sarawak

Ditulis pada 23 February 2015



Kuching – Bersempena dengan Program Sarawak’s
Authors Highlight
Jais Sahok, Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan
Bengkel ‘Jom Tulis Puisi’ Bersama Jais Sahok pada 24 & 25 Februari 2015,
jam 8.00 pagi - 5.00 petang bertempat di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak.
Program ini adalah kerjasama Pustaka Negeri Sarawak bersama penulis-penulis
serta penerbit-penerbit Sarawak di bawah Program Penyerahan Bahan-bahan
Terbitan.





Pada bulan lepas sebuah Bengkel Penulisan Cerpen &
Ulasan Buku yang dikendalikan oleh Jais Sahok telah dianjurkan dan mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada orang awam. Kali ini bengkel penulisan
puisi pula akan dianjurkan.





Melalui bengkel ini para peserta akan berpeluang untuk
mencipta puisi pelbagai tema secara berproses dan menggunakan peta minda dan
kaedah i-think untuk mencipta puisi. Diharap bengkel ini dapat membantu para
peserta untuk memadankan maksud puisi dengan puisi yang dicipta dengan tepat,
mencipta dan mengedit puisi secara berperingkat dengan menggunakan ’story
board’ dan dapat menulis, mendeklamasikan dan menerbitkan puisi mereka sendiri.





Penyertaan orang awam adalah dialu-alukan dan penyertaan
adalah percuma. Jika anda berminat untuk menyertai bengkel ini, hubungi Jassalini Jamain atau
Shafinaz Afidia  di talian 082-440488 samb 22/33 atau emel jassalij@sarawak.gov.my / shafiaaa@sarawak.gov.my (Repositori Rekod Negeri) atau layari laman web rasmi
Pustaka Negeri Sarawak www.pustaka-sarawak.com atau di Facebook:  pustaka.sarawak dan
Twitter: pustakaswk.