Kuching - Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan
Pameran `Makanan Selamat, Pilihan Anda` bermula 1 Mac – 31 Mac 2015 di Bilik
Suratkhabar & Terbitan Bersiri, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Pameran ini diadakan
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman orang awam tentang
pemilihan makanan yang selamat dan berkualiti bagi mencegah kejadian penyakit
bawaan makanan selain untuk meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang
isu-isu keselamatan dan kualiti makanan.
Pameran dibuka setiap hari untuk kunjungan orang awam
kecuali pada cuti umum bermula
pukul 11.00 pagi hingga 7.00 petang.
Kemasukan
adalah percuma. Orang awam dialu-alukan untuk berkunjung ke pameran ini.
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi Edison Ricket atau Ong Soong Foong di
talian 082-442000 samb. 336 atau emel edisonr@sarawak.gov.my
/ ongsf@sarawak.gov.my.
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024