EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak mengadakan Pameran Koleksi Khas mengenai pendudukan Jepun di Borneo Semasa Perang Dunia II.

Ditulis pada 14 April 2016

KUCHING - Tandakan kalendar anda dan rancang hari anda untuk melawat pameran kami di Koleksi Khas: Pendudukan Jepun di Borneo semasa Perang Dunia II bermula hari ini sehingga 31 Julai 2016. Pameran akan diadakan di Bilik Koleksi Khas, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.


Pada tahun 1941, British menyerahkan Borneo kepada tentera Jepun yang telah menang. Bendera Rising Sun, Jepun kini berkibaran dari semua sudut-sudut kota, menandakan permulaan satu bab yang paling gelap dalam sejarah Borneo.

Pameran ini menekankan mengenai bagaimana rakyat Borneo meneruskan kehidupan dengan kehidupan harian dan bertindak balas dengan keberanian dan kepintaran di atas pendudukan Jepun, tempoh kesukaran yang panjang dan serba kekurangan. Ia meraikan daya tahan, ketabahan, kepintaran mereka dan sifat berdikari; nilai-nilai yang kekal penting dan relevan hari ini.

Sekilas kehidupan masa lalu dibentangkan di dalam tulisan, memoir, rekod, dan gambar mereka yang terus berjuang di dunia yang tidak menentu dan hancur daripada perang yang dialami.

Penyertaan dan kemasukan ke ceramah dan bengkel ini adalah percuma. 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Rozana Octovia Raymond
Umpu 
di talian 082-440488 samb. 19 atau emel rozanoru@sarawak.gov.my
( Repositori Rekod Negeri ).