EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Sertai Bengkel Penulisan Gaya MKI pada 18 Mei

Ditulis pada 17 May 2016

KUCHING – Bengkel Penulisan Gaya MKI anjuran Pustaka Negeri Sarawak akan diadakan pada 18 Mei bermula jam 8:30 pagi di Bilik Seminar, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak. 


Bengkel akan dikendalikan oleh Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim (MKI). 

Beliau akan menerangkan cara menjadi penulis buku yang berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej dan berkongsi tip bagaimana untuk menulis buku gaya beliau yang dapat menarik minat para pembaca.

Pada hari yang sama, beliau juga akan menyampaikan ceramah bertajuk `Di Ambang Ramadhan` pada jam 11 pagi di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak. 

Ceramah itu adalah sempena bulan Ramadan yang bakal tiba. 

Ketahui lebih lanjut mengenai persediaan, sebelum dan semasa bulan Ramadan yang akan dikongsikan oleh beliau semasa ceramah ini nanti.

Kemasukan dan penyertaan untuk kedua-dua program adalah percuma.

Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan, hubungi Muhamad Ali Abdul Wahab di talian 082-442000 sambungan 336 atau emel muhamaaw@sarawak.gov.my.