EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak anjur Ceramah Sudut Lincoln `South China Sea: A Primer`

Ditulis pada 26 May 2016

Kuching – Orang awam dijemput untuk ke Ceramah Sudut Lincoln yang bertajuk `South China Sea: A Primer` oleh Dr Carla Freeman pada hari Selasa, 31 Mei 2016, jam 10:00 pagi bertempat di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak.


Dr Carla merupakan Pengarah Program Bersekutu Pengajian China dan Profesor Madya Penyelidikan dan Pengarah Eksekutif, Institut Dasar Luar SAIS.

Semasa ceramah nanti, beliau akan memberi tumpuan terhadap isu Laut China Selatan, isu maritim dan juga penekanan kepada isu sumber semula jadi. Beliau juga akan menyentuh mengenai cabaran dan peluang polisi Amerika Syarikat, yang akan membincangkan mengenai hubungan Amerika Syarikat – China dan Laut China Selatan.
 
Penyertaan terbuka kepada orang awam dan percuma.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Razak Rambili di talian 082-442000 samb. 348 atau emel razakr@sarawak.gov.my