Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan menyemai amalan membaca
dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini dinamakan Safari Membaca kerana
aktiviti membaca yang dirancang akan dijalankan secara bergerak dan
berkesinambungan dari satu tempat ke satu tempat iaitu dari bahagian
Utara sehingga ke bahagaian Selatan Sarawak.
Aktiviti ini merupkan kesinambungan daripada Program Safari Membaca
Peringkat Negeri Sarawak yang dilaksanakan pada tahun 2008. Pada tahun
lepas, Maju Dalam Malaysia. Memandangkan program ini telah mendapat
sambutan yang amat menggalakkan, maka Jabatan Pelajaran Sarawak telah
mengambil keputusan untuk meneruskan Program Safari Membaca pada tahun
ini dengan mengekalkan format dan modus operandinya.
Rasional:
1. Amalan membaca hendaklah dibudayakan sebagai satu cara pemerolehan
ilmu dan pemanfaatan idea, pendapat serta pengalaman orang lain.
2. Amalan membaca dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap yang rendah.
3. Program-program yang sedia ada bagi menyemai budaya dan amalan
membaca di sekolah masih gagal mendapat penyertaan yang menyeluruh
daripada kalangan pelajar.
Matlamat:
Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.
Objektif:
1. Menyemai budaya membaca dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.
2. Mendedahkan peserta kepada keseronokan membaca
3. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat bahawa usaha
menggalakkan amalan membaca dalam kalangan pelajar adalah tanggungjawab
bersama ahli masyarakat
4. Membantu melahirkan ahli masyarakat yang bermaklumat dan bijaksana
5. Mendedahkan peserta kepada pelbagai kemahiran dan teknik membaca
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Encik Spawi Mahdi - Pegawai Pendidikan (BM) Sektor Pengurusan
Akademik, Jabatan Pelajaran Sarawak, Tingkat 4 & 5, Bangunan RTM,
Jalan P. Ramlee, 93614 Kuching
Tel:082-247050/247051, Fax: 082-414599
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024