PUSTAKA NEGERI SARAWAK, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak mengajak kita bersama-sama menyokong World #QuranHour 2021 yang akan berlangsung serentak di seluruh dunia pada 24 Ramadan 1442H bersamaan hari Khamis, 6 Mei 2021 bermula jam 11:00 pagi dengan membawa misi Surah Al-Mulk.
Sehubungan itu, Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Rumah Ngaji Sarawak telah mengambil inisiatif untuk mengadakan World Quran Hour 2020 Peringkat Negeri Sarawak secara langsung di Facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak.
Pelaksanaan Malaysia #QuranHour telah bermula sejak tahun 2015 dan World #QuranHour bermula pada tahun 2016 secara tahunan. Sehingga tahun 2019, pelaksanaan World #QuranHour telah diadakan di lebih 3000 lokasi berdaftar di seluruh Malaysia, 300 lokasi berdaftar di 76 buah negara dan telah mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial.
Pada tahun 2020, perlaksanaan WQH dalam tempoh PKP telah melibatkan 1.5 juta tontonan saluran TV dan 10 juta tontonan online di dalam dan luar negara.ialamat www.facebook.com/pustaka.sarawak pada Rabu, 13 Mei 2020, jam 11:00 pagi – 12:00 tengahari.
Marilah kita meyokong penyertaan World Quran Hour 2021 dengan menghantar Laporan/statistik penyertaan melalui “web browser” di alamat - http://bit.ly/WQH21
Kongsikan DETIK ini dengan memuatnaik gambar dan video anda beserta #worldquranhour #worldquranhourswk
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025