KUCHING, 27 Ogos 2021: Siri Ceramah Sarawakiana yang bertajuk Hari Kemerdekaan “Move Forward & Work Together” akan dijalankan pada 31 Ogos 2021 pada jam 10.00 pagi di laman rasmi media sosial Pustaka Negeri Sarawak (facebook dan YouTube). Ceramah ini akan disampaikan oleh Dr. Juna Liau, Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak.
Ceramah ini adalah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian pertama yang fokus kepada Kajian Masyarakat di Malaysia: Unity atau Diversity. Ia menceritakan bagaimana kehidupan bermasyarakat serta menerangkan kepentingana perpaduan dan kepelbagaian yang ada di Malaysia. Seterusnya, bagaimana kita perlu mara ke hadapan dan bekerjasama dalam pelbagai aspek dan kaum di Malaysia.
Bahagian kedua pula mengenai visi dan misi Pendidikan negara serta kepentingan pendidikan terutamanya semasa pandemil Covid-19.
Anda boleh mendaftar di https://www.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1629357072
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025