EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Miri Bakal Anjur Konvensyen Hobi Ke-7

Ditulis pada 09 February 2022

MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri akan mengadakan Konvensyen Hobi Ke-7 pada 26 – 27 Februari 2022. Konvensyen yang sebelum ini dikenali sebagai Pameran Hobi, Koleksi dan Seni akan berlangsung dari 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Kemasukan dan penyertaan sepanjang pameran adalah percuma.

Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan kreativiti dan kemahiran berfikir kepada generasi muda dengan menunjukkan kepada mereka cara memperkembangkan dan mengekalkan hobi istimewa mereka sama ada mengumpul, jual beli koleksi bernilai, bermain permainan atau mempelajari kemahiran baharu.

Aktiviti ini terbuka kepada orang awam, khasnya penggemar dan pengumpul hobi kerana salah satu acara kemuncak aktiviti adalah pameran koleksi model atau figura seperti Gundam, Transformers, Warhammer, Star Wars, Hot Wheels dan banyak lagi. Turut diadakan kelak adalah Sukan-E (e-Sports), demonstrasi Kereta Kawalan Jauh dan juga Pameran Kereta (Autoshow).

Pameran ini akan menggalakkan peserta pameran dan pengunjung berinteraksi serta bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan informasi berkaitan hobi mereka.Pendaftaran sebagai peserta boleh dibuat di pautan ini: https://rb.gy/tn8mdv dan tarikh akhir pendaftaran adalah 11 Februari 2022. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi dengan Muhammad Annwar Adenan, Suzanna Abdullah dan Zuwahir Ilias di 085-422525 atau e-mel cesd.pm@gmail.com.