EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PUSTAKA MIRI ANJUR KEMPEN DERMA DARAH TAHUNAN

Ditulis pada 09 February 2022

MIRI- Pustaka Negeri Sarawak, Miri akan menganjurkan Kempen Derma Darah setiap suku tahun bermula dengan sesi pertama pada 5 Mac 2022.
Kempen ini dianjurkan dengan kerjasama Kesatuan Guru Sarawak Bahagian Miri dan Tabung Darah Hospital Miri. Ia akan diadakan di Ruang Legar Pustaka Miri bermula 9:00 pagi sehingga 12:30 tengahari.

“Menderma darah ini bukan sahaja amalan mulia bahkan ianya dapat memupuk rasa tanggungjawab sosial serta memberi kesedaran tentang pentingnya menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain sekaligus menyemai semangat kesukarelawan,” menurut Pegawai Pengurusan Korporat Shirley Szebah Mambai.
Penderma darah yang berjaya akan menerima kudapan serta cenderamata sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan bersempena kempen tersebut seperti pameran, kuiz, kaunter pendaftaran keahlian Pustaka serta jualan buku terbitan Pustaka pada harga istimewa. Setiap pendaftaran ahli Pustaka pada hari tersebut akan menerima cenderamata menarik.

“Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program itu dianjurkan. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi kempen ini nanti,” ujar beliau lagi.

Tarikh kempen derma darah seterusnya yang telah dirancang adalah pada 14 Mei, 20 Ogos dan 12 November.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Shirley Szebah Mambai di talian 085-422 525 atau e-mel shirleysm@sarawak.gov.my