MIRI - Pustaka Negeri Sarawak, Miri menjemput mereka yang berminat untuk menghadiri sesi Program Biasa PANDei: Elak Manipulasi Isu Sensitif pada 28 Februari 2022.
Program ini akan diadakan secara fizikal dan juga dalam talian di mana hanya 20 orang peserta sahaja dihadkan untuk kehadiran fizikal manakala tiada had untuk dalam talian.
Ceramah yang akan berlangsung di Bilik Audio Visual ini bakal disampaikan oleh Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Cawangan Miri Naomi Balai.
Beliau akan mengupas isu yang hangat masa kini iaitu kecenderungan masyarakat memilih media sosial sebagai wadah utama untuk mendapatkan maklumat terkini. Hal ini ada baik dan buruknya dan masyarakat perlulah bijak dalam mengenalpasti kesahihan maklumat yang diperoleh dari media sosial dan seterusnya berkongsi atau menyebarkannya.
Bagi yang berminat untuk menyertai program ini secara maya, boleh melayari laman Facebook Pustaka bermula 2:00 petang hingga 4:00 petang.
Pendaftaran penyertaan fizikal pula boleh di buat di https://forms.gle/VdQjL85RHaT5xiRf9 dan ianya adalah percuma.
PANDei bermaksud People Accessible Network for Digital Empowerment and Inclusivity dan ia adalah salah satu inisiatif Pustaka Negeri Sarawak dalam menjangkau kepada orang awam dengan informasi dan maklumat yang berguna dalam kehidupan seharian.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Zuwahir Ilias dan Sharen Uyang Jeffery di talian 085-422525.
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025