EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PAMERAN & JUALAN HASIL KRAFTANGAN ROTAN SEPANJANG BULAN INI DI PUSTAKA MIRI

Ditulis pada 07 April 2022

MIRI – Orang ramai dijemput mengunjungi Pameran Hasil Kraftangan Rotan sedang berlangsung di Pustaka Negeri Sarawak, Miri sepanjang bulan April ini.
Bermula 1 sehingga 30 April, pameran berkenaan dijayakan oleh Pengusaha Kraftangan GME Collection Maria Kuan yang berasal dari Long Bedian.
Selain pameran yang diadakan di Pusat Sumber Maklumat, Aras 1 perpustakaan tersebut, pengunjung juga boleh membeli hasil kraf yang diperbuat daripada rotan seperti bakul, tas tangan, beg sangkut, dompet dan sebagainya.
Hasil kraftangan rotan yang dipamerkan dan dijual tersebut menggunakan gabungan teknik anyaman tradisional dengan sentuhan moden. Ia boleh dilihat pada kehalusan dan ketelitian setiap barangan yang dihasilkan.
Pameran dibuka dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang setiap hari kecuali cuti umum.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pameran ini, orang ramai boleh menghubungi Norfaezan Abd. Jalil atau Nur Najihah Mohd. Denial di talian 085-422 525.