MIRI – Sebuah Pameran Seni Batik bertemakan Alam Asal Usulku sedang berlangsung di Pustaka Negeri Sarawak, Miri sepanjang bulan April ini.
Bermula 1 sehingga 30 April, pameran berkenaan dijayakan dengan kerjasama artis batik dan pemilik Hornbill Art Gallery Noel Belulok.
Selain pameran yang diadakan di Ruang Legar, Aras Bawah perpustakaan tersebut, pengunjung juga boleh membeli hasil seni batik yang unik untuk koleksi atau hiasan ruang rumah atau pejabat. Kebanyakan lukisan batik yang dihasilkan oleh Noel adalah berasaskan alam semulajadi.
Pameran dibuka dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang setiap hari kecuali cuti umum.
Noel yang merupakan Pengerusi Persatuan Pelukis Seni Visual Miri juga akan berkongsi pengalaman dan kemahiran beliau dalam satu sesi perkongsian ilmu secara langsung dalam talian melalui laman Facebook Pustaka pada pukul 3:00 petang 22 April kelak.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai aktiviti ini, orang ramai boleh menghubungi Norfaezan Abd. Jalil atau Nur Najihah Mohd. Denial di talian 085-422 525.
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025