EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PROGRAM GALAKAN MEMBACA DAN PELANCARAN BUKU DI PUSTAKA MIRI SABTU IN

Ditulis pada 11 April 2022

MIRI – Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Perasmian Program Galakan Membaca dan Pelancaran Buku Terbitan Adana Publishing bertempat di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada 16 April ini.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap ADUN N.73 Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dijangka hadir ke majlis yang akan bermula pada pukul 9:00 pagi tersebut.
Objektif program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran kepentingan galakan membaca terutama dalam kalangan generasi muda serta memperkenalkan bahan bacaan berkualiti hasil penulisan penulis-penulis tanah air.
Turut diadakan semasa majlis berkenaan adalah Wawancara bersama Penulis -Penulis buku Adana Publishing iaitu Norhayati Harun (Buku: Catatan Camilia Irdiana), Mizhar Mazlan (Buku: Kenitra), Dr. Mahazani Ali (Buku: Ujian Kendiri – Kawalan Stres dan Ketahanan Diri), Nooralifah Jali (Buku: Nabila) dan Jong Koi Chong (Buku: Jarum Yang Halal).
Mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi pihak penganjur di talian 085-422 525 (Mohd. Khadzrie Mohd. Ramzie Faizal atau Muhammad Annwar Adenan).