EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ekspedisi Program ‘Juh Nambah Ilmu’ Siri 2, 2022 Pustaka Negeri Sarawak Lebih Meluas

Ditulis pada 13 July 2022

13 Julai 2022, KUCHING - Program Juh Nambah Ilmu Siri 2 anjuran Pustaka Negeri Sarawak kali ini telah diadakan dengan lebih meluas kepada komuniti kawasan pedalaman bermula pada 4 hingga 7 Julai 2022 yang lepas bertempat di beberapa buah Perpustakaan Desa dan Pusat Komuniti Digital antaranya Lubok Antu, Maludam dan Sematan.

Program ini telah menarik lebih kurang 345 komuniti setempat dan antara aktiviti yang telah diadakan untuk kanak-kanak, golongan belia, pelajar sekolah dan warga emas adalah program Ilmu di Hujung Jari khas untuk warga emas, sesi Bacaan Kegemaran Saya, PANDei (Semak Mule dan Tali Khidmat), Mencating Batik, aktiviti Makerspace seperti 3D Printing, 3Doodler, mBot, Hari Bersama Pelanggan dan Pendaftaran Ahli Pustaka secara percuma.

Program “Juh Nambah Ilmu” merupakan satu program yang akan diadakan setiap tahun bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti dengan teknologi terkini serta memastikan komuniti setempat mendapatkan akses kepada maklumat dan pengetahuan.

Objektif program Juh Nambah Ilmu ini adalah:-
i. Membentuk masyarakat yang membudayakan ilmu pengetahuan
ii. Memberi pendedahan kepada masyarakat di luar bandar berkaitan dengan perkhidmatan/aktiviti perpustakaan
ii. Mempromosikan ilmu dan pengetahuan di dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan khususnya berkaitan teknologi sekarang.

Beberapa Perpustakaan Desa dan Pusat Komuniti Digital telah dipilih untuk menjadi lokasi utama bagi penganjuran Program Juh Nambah Ilmu Siri 2, 2022 iaitu Komuniti Rumah Panjang Nanga Sumpa Lubok Antu, Perpustakaan Desa Meludam, Komuniti Kampung Pasir Hilir Biawak Sematan dan Komuniti Bersama Biro Wanita Kampung Serayan Hilir, Sematan.

Sila layari laman sesawang kami di www.pustaka-sarawak.com dan sosial media kami untuk perkembangan terkini.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai seranta kami Nur Ashikin Ahmad, Unit Komunikasi di talian 0111-0870191 atau emel nuraa2@sarawak.gov.my

Terima kasih.