EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

WARGA LAPOK DAN TINJAR DIJEMPUT KE PROGRAM JANGKAUAN ILMU KHAMIS DAN JUMAAT INI

Ditulis pada 19 July 2022

MIRI – Masyarakat sekitar kawasan Lapok dan Tinjar dijemput menghadiri Program Jangkauan Ilmu dan Kesedaran Dokumentasi Sejarah Lisan bertempat di Rh. Peberi Magelit, Sg. Menok dan kampung Long Maro pada Khamis dan Jumaat, 21 dan 22 Julai ini.
Program selama dua hari ini dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak, Miri dengan kerjasama Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) dan Pejabat Ketua Masyarakat Kaum Kayan Bahagian Miri.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seawal 8:30 pagi sehingga 5:00 petang untuk dua hari tersebut termasuk Bengkel Literasi Digital PANDei, Bengkel Reading Seeds, Sesi Dokumentasi Sejarah Lisan dan sebagainya. Selain itu, mereka yang berminat untuk menjadi ahli Pustaka boleh mengambil kesempatan untuk mendaftar keahlian secara percuma semasa program itu berlangsung. Ahli-ahli berdaftar baharu juga akan menerima cenderamata penghargaan.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak Pustaka Miri di talian 085-422525 (Lilian Baun Pulo/Affendi Iezara/Norfaezan Abd. Jalil) atau layari laman web www.pustaka-sarawak.com