MIRI- Pustaka Negeri Sarawak, Miri sekali lagi akan menganjurkan Kempen Derma Darah bagi tahun ini pada Sabtu, 20 Ogos 2022.
Kempen yang dianjurkan setiap suku tahunan kali ini akan dijayakan dengan penambahan kerjasama oleh Persatuan Lakiput Sarawak, Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (Cawangan Miri) dan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak Daerah Miri selain Kesatuan Guru Sarawak Bahagian Miri dan Tabung Darah Hospital Miri. Ia akan diadakan di Ruang Legar Pustaka Miri bermula 9:00 pagi sehingga 12:30 tengahari.
“Menderma darah ini adalah satu amalan mulia yang boleh memupuk rasa tanggungjawab sosial serta memberi kesedaran tentang pentingnya menderma darah bagi membantu menyelamatkan nyawa orang lain sekaligus menyemai semangat kesukarelawanan,” ujar Pegawai Pengurusan Korporat Pustaka Shirley Szebah Mambai.
Penderma darah yang berjaya akan menerima kudapan serta cenderamata sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan mereka. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan bersempena kempen tersebut termasuk pameran, kuiz, kaunter pendaftaran keahlian Pustaka serta jualan buku terbitan Pustaka pada harga istimewa. Setiap pendaftaran ahli Pustaka pada hari tersebut juga akan menerima cenderamata menarik.
“Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang kempen itu dianjurkan. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi acara ini nanti,” ujar beliau lagi.
Kempen derma darah serupa yang telah berlangsung pada 14 Mei lalu telah melihat seramai 41 orang yang mendaftar dan sebanyak 38 beg darah berjaya dikumpul.
Tarikh kempen derma darah yang terakhir bagi tahun 2022 ini adalah pada 12 November.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Shirley Szebah Mambai di talian 085-422 525 atau e-mel shirleysm@sarawak.gov.my
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025