Miri – Pustaka Negeri Sarawak, Miri memperkenalkan Perkhidmatan Book Bear dimana ianya merupakan perkhidmatan pinjaman buku.
Perkhidmatan ini disediakan khusus untuk pengguna perpustakaan yang ingin meminjam buku daripada perpustakaan memandangkan pada ketika itu, perpustakaan ditutup semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melanda dunia disebabkan oleh COVID-19 pada dua tahun yang lalu.
Pengguna boleh memilih sama ada untuk mendapatkan bahan dari perpustakaan untuk dihantar ke alamat mereka atau untuk diambil dari perpustakaan. Penghantaran disediakan dalam radius 20km dari perpustakaan.
Perkhidmatan Book Bear disediakan eksklusif untuk ahli perpustakaan Pustaka Negeri Sarawak. Ahli perlu memasang aplikasi “Angka.sa2” daripada Google Play Store atau Appstore. Kemudian, ahli perlu berkongsi buku pilihan mereka melalui Whatsapp ke nombor 01158820533 untuk Miri. Ahli perlu memilih sama ada buku mereka dihantar atau diambil dari perpustakaan.
Perkhidmatan Book Bear disediakan dari Isnin sehingga Sabtu, dari 8 pagi hingga 5 petang. Sebarang permintaan yang dibuat selepas waktu yang dinyatakan akan dimajukan ke hari berikutnya.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan Book Bear, sila hubungi Mohd Awis Bin Abu Bakar di talian 085-422525
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025