EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

FESTIVAL PENULIS-PENULIS SARAWAK BAKAL BERLANGSUNG DI PUSTAKA MIRI

Ditulis pada 25 October 2022

MIRI – Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Festival Penulis-Penulis Sarawak (Sarawak Authors Festival – SAF) di ketiga-tiga kampusnya minggu ini.
Bagi Pustaka Negeri Sarawak, Miri, SAF akan bermula pada 27 sehingga 29 Oktober dengan pelbagai aktiviti menarik khususnya berkaitan dengan bidang penulisan dan penerbitan buku. Ianya juga bagi meraikan dan menghargai penulis-penulis di Sarawak.
Objektif utama SAf adalah untuk menggalakkan kreativiti penulisan dalam kalangan penulis tempatan dengan matlamat utama memelihara khazanah penulisan di Sarawak.
Festival yang pernah diadakan pada tahun 2017, 2018 dan 2020 tersebut bertemakan ‘Legasi' tahun ini. Tema tersebut dipilih bagi memberi fokus kepada warisan, peninggalan dan kesan penulisan daripada penulis dahulu, kini dan akan datang.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan dijalankan adalah bengkel, pameran, sesi perkongsian ilmu dan forum.
Senarai penuh aktiviti boleh diakses di laman sesawang www.pustaka-sarawak.com dan media sosial rasmi atau hubungi Bahagian Perkhidmatan Teknikal di talian 085-422 525 (samb. 204/202/201).