EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Lawatan Penandaarasan Pustaka ke Borneo Cultures Museum

Ditulis pada 19 November 2022

17 November 2022, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke Borneo Cultures Museum.

Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan pegawai yang terlibat berkenaan bangunan museum dan juga fasiliti yang disediakan seperti kawasan pameran, repositori, penjagaan/pemuliharaan artifak, kawasan pejabat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BCM.

Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak dan Dr. David J. Jones Building Brief Consultant, Pustaka Negeri Sarawak.

Diharap dengan sesi perkongsian maklumat ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara Borneo Cultures Museum dan Pustaka Negeri Sarawak.
Pertanyaan lanjut berkaitan lawatan rasmi di Pustaka Negeri Sarawak sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat ditalian 082-442000.