MIRI - Pustaka Negeri Sarawak, Miri akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada Isnin, 20 Mac bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 5:00 petang bertempat di Curtin University Malaysia, Miri.
Warga Curtin serta mereka yang berada di sekitar kawasan tersebut dijemput hadir bagi memeriahkan program berkenaan yang akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik di Ruang Legar LT universiti tersebut.
Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Program Keluarga: Kaunter Perkongsian Reading Seeds khusus untuk ibu dan bakal ibu, Kaunter Program PANDei: Literasi Digital Komuniti, Sesi Literasi Maklumat, Kaunter MakerSpace, Jualan Koleksi Sarawakiana Terbitan Pustaka dan Kaunter Pembaharuan Pinjaman Buku.
Turut diadakan kelak adalah Pameran Sarawakiana: Sasaran Pembangunan Mampan Jatti Miriek.
Selain itu, pengunjung berpeluang membantu memperkasakan koleksi Pustaka dengan mencadangkan buku atau bahan bacaan yang mereka minat dan seterusnya boleh dipinjam melalui perpustakaan berkenaan.
Kaunter pendaftaran keahlian Pustaka juga akan dibuka dan setiap ahli baharu akan menerima cenderamata. Ahli-ahli baharu juga akan diberikan pendidikan pengguna iaitu pendedahan kepada perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan untuk mereka di Pustaka.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Shirley di talian 085-422 525 atau e-mel shirleysm@sarawak.gov.my
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025