EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Miri telah menghantar derma kepada mangsa kebakaran di kampung wireles

Ditulis pada 14 March 2023

Isnin | 13.3.2023 Pustaka Negeri Sarawak, Miri – Pada minggu yang lepas warga Miri digemparkan dengan kebakaran rumah yang berlaku di kampung wireless. Pustaka Negeri Sarawak Miri dengan inisiatif nya sendiri telah menghantar kutipan derma untuk mangsa kebakaran di kampung wireless pada minggu yang lepas. Barangan derma berupa baju telah di hantar ke pusat pengumpulan iaitu di ICATS, Lutong semalam, 13 Mac 2023. Di harapkan sumbangan ini dapat meringankan berat beban mangsa-mangsa kebakaran tersebut.