MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri telah menyusun atur pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak sepanjang cuti persekolahan bermula 28 Ogos 2023 ini.
Aktiviti-aktiviti berbeza akan diadakan setiap hari sehingga 2 September 2023 kelak dan ianya adalah dibuka untuk kanak-kanak sekitar Bandaraya Miri berusia 4 sehingga 12 tahun.
Sesi aktiviti pada hari bekerja (Isnin sehingga Jumaat) adalah dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang, manakala pada hujung minggu pula dari pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 petang.
Antara aktiviti yang boleh disertai adalah tayangan filem, aktiviti spaghetti clay, melukis deko matahari, tufting dan juga lukisan permata.
Kalendar lengkap aktiviti cuti sekolah tersebut boleh diakses melalui laman web www.pustaka-sarawak.com dan saluran media sosial rasmi perpustakaan berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Muhd. Annwar Adenan dan Zuwahir Ilias di talian 085-422 525.
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025