MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri menerima baik lawatan dari Tadika Sri Mawar sepanjang tiga hari bermula dari 7 Mei sehingga 9 Mei.
Lawatan ini melibatkan tiga kumpulan kanak-kanak yang berumur daripada 4 sehingga 6 tahun. Kanak-kanak tersebut di sambut baik oleh pegawai Pengurusan Korporat Puan Shirley Szebah anak Mambai, staf dari bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti dan juga pelajar latihan industri.
“Lawatan seperti ini dapat memperkenalkan kanak-kanak kepada Pustaka Negeri Sarawak sebagai rakan ilmu mereka dan seterusnya mempromosikan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Disamping itu lawatan seperti ini sudah tentu dapat mengukuhkan lagi hubungan antara Pustaka dengan komuniti setempat.” kata Puan Shirley Szebah anak Mambai.
Pelawat-pelawat cilik tersebut telah di bawa melawat ke bahagian-bahagian yang terdapat di Pustaka Negeri Sarawak, Miri sebelum di bawa ke Infotek kanak-kanak untuk sesi seni dan kraf.
Kepada pihak yang berminat untuk mengadakan lawatan serupa boleh menghubungi Pustaka Miri di talian 085-422 525 atau melalui media sosial rasmi mereka.
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025