MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri telah merancang pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak sepanjang musim cuti persekolahan bermula 27 Mei ini.
Pelbagai aktiviti akan diadakan setiap hari sehingga 31 Mei kelak dan kanak-kanak yang berusia 4 sehingga 12 tahun sekitar Bandaraya Miri adalah dijemput untuk menyertai program tersebut. Adalah digalakkan untuk ibu bapa berumur 4 – 6 tahun untuk turut serta menyertai aktivtiti ini.
“ Objektif utama penganjuran aktiviti ini adalah untuk membantu kanak-kanak mengembangkan daya imiginasi dan kreativiti mereka melalui aktiviti-aktiviti yang di sediakan di samping itu menjadikan Pustaka sebagai rakan ilmu mereka” kata Puan Dorithy Dela Lawrance, Perpustakawan Pustaka Negeri Sarawak, Miri
Aktiviti ini akan diadakan setiap hari bermula hari Isnin sehingga Jumaat bermula dari pukul 2:00 petang sampai 4:00 petang. Penyertaan adalah percuma dan di hadkan kepada 30 peserta dalam satu aktiviti.
Antara aktiviti yang boleh disertai adalah kraf membuat bunga dari surat khabar, kraf daun luruh, DIY Loceng angin menggunakan manik, kraf membuat Borneo Kirep dan kraf membuat tango.
Para ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anaknya untuk mengikuti aktivitii ini bolehlah mendaftar di pautan ini: https://forms.gle/M7FJZupZay6NU6Af9 atau imbas kod QR di poster. Borang pendaftaran akan di tutup sebaik sahaja penyertaan penuh.
Kalender lengkap aktiviti akan di siar di laman sosial media kami dan mereka yang berminat boleh menghubungi Muhd. Annwar Adenan dan Zuwahir Ilias di talian 085-422 525.
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024