MIRI – Bersempena dengan Borneo International Festival of Arts (BIFA), Pustaka Negeri Sarawak, Miri menjemput pelajar universiti, kolej dan sekolah menengah untuk menyertai Pertandingan Arca 3R : Mercu Tanda Sarawak.
Pertandingan ini membawa tema “Mercu Tanda Sarawak” dan setiap kumpulan yang terdiri daripada dua (2) atau tiga (3) orang pelajar di kehendaki membina rekaan mercu tanda Sarawak meggunakan bahan kitar semula.
Objektif pertandingan ini adalah bagi memupuk memupuk semangat cintakan alam sekitar di samping itu meningkatkan kesedaran tentang penggunaan plastik, terutamanya plastik sekali guna, di kalangan Masyarakat. Selain daripada itu pertandingan ini juga di adakan untuk memujudkan persekitaran hijau dan mampan melalu kitar semual dan seterusnya mengurangkan pencermaran terutamanya sisa plastik.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila imbas kod QR di poster untuk mendaftar ataupun layari pautan ini: https://forms.gle/Hzi95H19qqXEi6Rg7. Hadiah lumayan berbentuk wang tunai, piala dan sijil menanti para pemenang tempat pertama sehingga ketiga.
Tarikh tutup pengesahan penyertaan adalah pada hari Isnin, 20 Julai 2024 manakala penilaian adalah pada hari Sabtu, 27 Julai 2024, 2:00 petang
Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur di talian 085-422 525 (Dorithy Dela Lawrence | Annwar Adenan ) atau layari laman sesawang www.pustaka-sarawak.com serta saluran media sosial Pustaka Negeri Sarawak.
Sarawakiana Exhibition: Local Fruits and Flowers by Amy Kho Bee Hung 15 Mar 2025
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025