15 Julai 2024, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Forum Sarawakiana sempena Hari Sarawak yang bertajuk Gerakan Anti Penyerahan Sarawak pada hari Jumaat, 19 Julai 2024 jam 9:00 pagi bertempat di Bilik Koleksi Khas, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak. Ahli-ahli panel jemputan yang akan membentangkan tajuk-tajuk yang menarik adalah Dr. Suffian Mansor (UKM), Dr. Nadrawina Isnin (UiTM) dan Dr. Shahri Abdul Rahman (pesara pendidik) bersama moderator Profesor Madya Dr. Caesar Dealwis (UiTM).
Objektif forum ini diadakan adalah sebagai platform untuk berkongsi dan memaparkan sejarah perjuangan anti-penyerahan Sarawak kepada British serta memberi penghormatan kepada pejuang-pejuang gerakan anti-penyerahan atas sumbangan mereka kepada negeri Sarawak khasnya. Selain itu, ia juga diadakan untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada orang ramai mengenai isu-isu yang berkaitan dengan anti-penyerahan Sarawak terutamanya dalam perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British, di samping untuk merungkai peranan gerakan anti penyerahan Sarawak terhadap kemerdekaan negara dan mengetahui peranan dan perjalanan patriot wanita melalui forum yang akan ini kelak.
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sertai kami dalam forum yang menarik ini. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) / Encik Izaruddin bin Moss (izaruddin@sarawak.gov.my) di talian 082-374000.
Sarawakiana Exhibition: Sarawak Author's Festival / Legal Deposit 01 Oct 2024
Minggu Literasi Media dan Maklumat 2024 24 Oct 2024
(SIBU) Minggu Literasi Media dan Maklumat 2024 24 Oct 2024
Sarawak Bookfair 2024 28 Oct 2024
Sarawak Authors Festival 2024 28 Oct 2024