MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri sekali lagi akan menganjurkan Kempen Derma Darah bagi suku tahun ketiga tahun ini pada Sabtu, 17 Ogos 2024.
Kempen yang dianjurkan setiap suku tahunan ini dianjurkan dengan kerjasama antara Pustaka Negeri Sarawak, Miri dengan Tabung Darah Hospital Miri. Ia akan diadakan di Ruang Legar Pustaka Miri bermula 9:00 pagi sehingga 12:30 tengah.
“Menderma darah adalah satu tindakan yang memberi impak besar kepada kesihatan orang lain dan juga memberikan manfaat kesihatan kepada penderma itu sendiri dan seterusnya memupuk rasa tanggungjawab sosial serta memberi kesedaran tentang pentingnya menderma darah bagi membantu menyelamatkan nyawa orang lain” ujar Pegawai Pengurusan Korporat Pustaka Shirley Szebah Mambai.
50 penderma darah pertama yang berjaya menderma akan menerima beg beras RATU HUMA seberat 5kg berserta dengan makanan ringan tanda penghargaan atas sumbangan mereka.
Tarikh kempen derma darah yang terakhir bagi tahun 2024 anjuran Pustaka Miri akan diadakan pada 18 November 2024.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Shirley Szebah Mambai di talian 085-422 525 atau e-mel shirleysm@sarawak.gov.my
Sarawakiana Exhibition: Local Fruits and Flowers by Amy Kho Bee Hung 15 Mar 2025
PUSTAKA is Coming to RYLA at SMK Telang Usan, Marudi 10 Apr 2025
Community talk : Towards a sustainable free tertiary education ( FTE) initiative in Sarawak 2026 (MIRI) 12 Apr 2025
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
(SIBU) Jom Baca Bersama 10 Minit X Ramah Tamah Aidilfitri 2025 23 Apr 2025