MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri menawarkan ruang khas untuk individu yang berkeperluan khas iaitu Ruang Sensori, atau lebih dikenali sebagai 'Sensory Space'. Ruang ini dilancarkan pada tahun 2022 dan menawarkan pengalaman yang menyeluruh kepada setiap pengunjung yang menggunakan kemudahan yang disediakan.
Ruang Sensori merupakan tempat perkembangan yang melibatkan penglihatan, bunyi, dan tekstur bagi individu berkeperluan khas. Ruangan ini dilengkapi dengan peralatan dan permainan yang dipilih khas dan bersesuaian seperti Wooden Peg Board, Sensory and Balance Beam, Jumbo Lacing Beads, Perkins Brailler, Montessori Wooden Pattern Puzzle dan tanyangan video interaktif. Setiap elemen dan aktiviti dalam ruang ini direka untuk merangsang deria dan menggalakkan perkembangan. Oleh itu, Ruang Sensori adalah sebuah tempat khas untuk individu yang keperluan khas dalam meneroka dunia yang direka khas untuk memenuhi keperluan dan kebolehan unik mereka.
Fasiliti ini merupakan komitmen Pustaka Negeri Sarawak untuk mencipta persekitaran yang mesra di mana setiap individu, tanpa mengira keupayaan, dapat belajar dan berkembang dalam gedung ilmu. Ibubapa, penjaga, dan guru-guru kepada individu berkeperluan khas digalakkan untuk bekerjasama dengan Pustaka bagi memaksimumkan serta memanfaatkan penggunaan ruangan ini. Mereka juga dialu-alukan untuk mencadangkan aktiviti yang sesuai demi memenuhi keperluan dan minat pengguna.
Sertai kami dan jadilah sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini, di mana setiap perbezaan dihargai di Pustaka Negeri Sarawak, Miri.
Untuk maklumat lanjut atau untuk melawat Ruang Sensori, sila hubungi Pustaka Negeri Sarawak, Miri di talian 085-422525.
Majlis Graduasi Program Literasi Orang Dewasa Siri 1 22 Feb 2025
World Quran Hour 2025 25 Mar 2025
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025