EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kempen Derma Darah Suku Pertama, Anjuran Pustaka Miri

Ditulis pada 10 February 2025

MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri akan menganjurkan Kempen Derma Darah bagi suku tahun pertama tahun ini pada Sabtu, 15 Februari 2025.
Kempen yang dianjurkan setiap suku tahunan ini dianjurkan dengan kerjasama antara Pustaka Negeri Sarawak, Miri dengan Tabung Darah Hospital Miri. Ia akan diadakan di Ruang Legar Pustaka Miri bermula 9:00 pagi sehingga 1:00 petang.
“Menderma darah adalah satu tindakan yang memberi impak besar kepada kesihatan orang lain dan juga memberikan manfaat kesihatan kepada penderma itu sendiri dan seterusnya memupuk rasa tanggungjawab sosial serta memberi kesedaran tentang pentingnya menderma darah bagi membantu menyelamatkan nyawa orang lain” ujar Pegawai Pengurusan Korporat Pustaka Shirley Szebah Mambai.
80 penderma darah pertama yang berjaya menderma akan menerima beg beras RATU HUMA seberat 5kg berserta dengan minyak masak 2kg sebagai penghargaan atas sumbangan mereka.
Tarikh kempen derma darah yang seterusnya akan di adakan pada 21 Jun 2025, 27 September 2025 dan 29 November 2025
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Shirley Szebah Mambai di talian 085-422 525 atau e-mel shirleysm@sarawak.gov.my

Pautan Berkaitan

-