Bintulu – Orang ramai adalah dijemput untuk menyertai program World Quran Hour 2025 yang bakal diadakan pada Selasa, 25 Mac 2025 di Bintulu pada hari Selasa, bersamaan dengan 24 Ramadan 1446H.
Program ini dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak, Miri dengan kerjasama Masjid Assyakirin, Bintulu Development Authority (BDA), Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu (PPD Bintulu), dan Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu. Tema World Quran Hour pada tahun ini adalah #SavingTheUmmah.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk menekankan pentingnya masyarakat untuk berinteraksi dengan Al-Quran melalui tiga aspek penting: membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya dan seterusnya menggarap nilai-nilai mulia yang dapat dihayati daripada surah-surah di dalam Al-Quran untuk membangun negara dan dunia yang berlandaskan Al-Quran. Selain itu, program ini juga dianjurkan untuk melahirkan legasi yang mempunyai sistem operasi diri berlandaskan Al-Quran untuk membangun negara dan dunia yang berbudi dan penyayang.
Bacaan surah pada tahun ini adalah Surah Al-Saff ayat 1 hingga 14. Sehubungan itu, pelbagai aktiviti telah dirancang termasuklah pertandingan, ceramah dan bengkel untuk orang awam sebelum hari kemuncak World Quran Hour.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai World Quran Hour, adalah digalakkan untuk mendaftar dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera di poster atau klik pautan ini: https://quranhour.onpay.my/order/form/wqh2025
Lokasi utama World Quran Hour di Bandar Bintulu adalah di Masjid Assyakirin bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pustaka, Miri di talian 085-422 525 atau melalui media sosial rasmi mereka.
Sarawakiana Exhibition: Local Fruits and Flowers by Amy Kho Bee Hung 15 Mar 2025
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025