Pustaka Miri, Hotel Mega dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri
telah bekerjasama dalam mengelola Majlis Berbuka Puasa dan Rakaman
‘Syoknya Raya’ Bersama Anak-anak Kompleks Kebajikan Hamidah dan
Rumah Amal Anak Kesayangan Kami pada 15 September 2011.
Majlis tersebut telah diserikan lagi
dengan kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun
Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk
Patinggi Norkiah.
Seramai 92 orang anak-anak daripada
kedua-dua organisasi kebajikan tersebut diraikan dengan jamuan serta
dihiburkan dengan persembahan artis jemputan dari Kuala Lumpur –
Ezad dan Nadia.
Selain itu, mereka turut menerima
sumbangan dan duit raya daripada TYT serta para penganjur dan penaja.
Pihak Pustaka Miri telah memberi sumbangan berbentuk kelengkapan
sekolah dan Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) pula menyumbangkan duit
raya.
AKRAB Siri 4: Bengoh Resettlement Scheme, Kuching 12 Nov 2024
Legal Deposit Awareness 04/24 15 Nov 2024
Makersmeet 2024 16 Nov 2024
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024