Pustaka Negeri
Sarawak telah menganjurkan ceramah komuniti bertajuk "Kesihatan
Mental" pada 7 Julai 2011 jam 2.00 petang hingga 4.00 petang
bertempat di Auditorium, Tingkat 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Penceramah jemputan bagi ceramah ini adalah Dr. Ismail Drahman dari
Normah Medical Specialist Centre.
Ceramah ini
adalah bertujuan untuk mengupas mengenai isu gangguan mental secara
ringkas. Kewujudan gangguan mental di kalangan pekerja sering
dinafikan. Malah di kalangan pesakit yang sedang menjalani rawatan
pun seboleh-bolehnya tidak mahu sesiapa pun terutama rakan sekerja
tahu masalah mereka kerana perkara ini dianggap sangat
memalukan.
Penyakit mental bukan disebabkan otak yang lemah
kerana otak pesakit mental masih dalam keadaan normal. Ia juga tidak
ada kaitan dengan sahsiah atau kelakuan tidak baik mahupun cara ibu
bapa membesarkan anak-anak. Gangguan mental terjadi apabila
keseimbangan bahan kimia dalam otak terjejas.
Sesi ceramah
pada petang tersebut dilanjutkan dengan sesi soal jawab diantara
peserta yang hadir dan penceramah. Sesi ini diakhiri dengan
penyampaian cenderamata dari Pustaka Negeri Sarawak kepada Dr. Ismail
Drahman.
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024